Pages

23/10/12

Lelaki Obses Dengan Kecantikkan membelanjakan USD$100K pada 90 pembedahan kosmetik!

Selalunya bab-bab menjaga kecantikkan ini tertumpu khas pada kaum Hawa, tetapi kini kaum Adam pun sudah turut sama mengikut jejak langkah ini.

Tidak salah menjaga kecantikkan tapi jangan pula sebab nak kelihatan sempurna, anda sanggup lakukan pelbagai cara sehingga ia boleh mengancam nyawa sendiri.

Namun begitu, lain pula pendapat seorang jejaka dari New York, Justin Jedlica yang berumur 32 tahun ini.

Dia setakat ini telah membelanjakan AS100 Ribu Dollar pada 90 pembedahan kosmetik yang dilaluinya!

Malah, katanya kegiatan itu tidak akan berkesudahan sehingga dia dapat capai impian yang diidamkannya selama ini.

Pelik sungguh lelaki ini. Tidak takutkah dia jika ada kesan sampingan berlaku?

Melihat kepada rupa bentuk dan ketegapan badannya itu, anda akan fikir bahawa dia ini mesti orang yang fanatik dengan gym.

Tetapi realitinya, ototnya hanya dipenuhi dengan plastik hasil daripada pembedahan silikon!

Dia mempunyai banyak implan di badan antaranya, implan di dada, di kawasan ‘six-pack’nya, tricep, bisep dan banyak lagi.

Malah termasuk di punggungnya!

Pernahkan anda lihat patung Barbie lelaki yang digelar ‘Ken Doll’? Iya Justin Jedlica ingin jadi seperti patung tidak bernyawa berkenaan.

Menerusi temubual dengan ABC’s 20/20, mereka ada bertanyakan kepadanya mengapa dia tidak melakukan kerja lebih sedikit dengan mengunjungi pusat latihan gym.

Namun dia memberitahu, “Dia tidak teruja dan perkara itu. Ia membosankan dan tidak glamor,” katanya.

Sementara itu, menurut pakar bedah palastik, Dr. Drew Ordin dari Beverly Hills, dia menyifatkan apa yang dilakukan Jedlica hanya meletakkan dirinya dalam bahaya.

“Perbuatannya itu hanya membawa padah, malah akan membunuh dirinya sendiri,” katanya Dr. Drew.

sumber : http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=375540

4 ulasan:

  1. singah n folo sini

    gilamodified.blogspot.com

    BalasPadam
  2. sayang uang nya V_V

    Mampir di blog saya www.blog-alvinnaufal.blogspot.com

    BalasPadam

Don't Spam your comments . Make a Quality Comments . Google will love it

follow me

later