Pages

Memaparkan catatan dengan label Informasi semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi semasa. Papar semua catatan

4/03/13

Laman Web Filipina Digodam hacker malaysia

hacker

Disebabkan Kes kejadian pencerobohan oleh penceroboh dari FIlipina di Lahad Datu Sabah , beberapa laman web Filipina telah digodam . Ini adalah sebagai amaran kepada kerajaan Filipina supaya membawa pulang semua penceroboh tersebut . Setakat ini 7 anggota keselamatan Malaysia telah terkorban dalam perjuangan mempertahankan tanah air tercinta daripada "anjing-anjing" Penceroboh Ini .

Senarai laman web yang digodam :

http://www.bankofphilippine.com/
http://spda.gov.ph/
http://bongabong.gov.ph/
http://www.moalboal.gov.ph/index.php
http://sanfernando.gov.ph/
http://pspg.pnp.gov.ph/
http://chd1.doh.gov.ph/
http://atcollege.edu.ph/
http://adhdsociety.com/
http://fiberwerx.com.ph/
http://poracayresort.com.ph/
http://pimsatcolleges.edu.ph/
http://stcamilluscalbayog.com/
http://www.ruemango.com/
http://www.bankofphilippine.com/
http://www.1pesohosting.com/
http://cspc.edu.ph/index.php
http://gsc.edu.ph/
http://www.phap.org.ph/
http://www.prosperidad.gov.ph/forums/what-to-do-in-prosperidad/hacked-by-seth-erry/34#p34
http://myinsurance.ph/
http://www.westbaycollege.edu.ph/
http://mgb7.cvis.net.ph/mgb/
http://www.resurrectionparish.com.ph/rolpv2/
http://www.resurrectionparish.com.ph/veritas/
http://www.rctv.com.ph/index.php
http://mgbr3.ph/
http://beta.mgbr3.ph/
http://www.gksoft.com/govt/en/ph.html
http://shop.globe.com.ph/
http://shop.globe.com.ph/
http://depedmandaue.cvis.net.ph/
http://www.musicmuseum.com.ph//images/
http://www.valuecare.com.ph/
http://mrmsscis.slu.edu.ph/
http://www.phikappaphi.up.edu.ph/
http://www.valuecare.com.ph/
http://bjmp-ro1.ph/
http://www.philippinehomefinder.com/
http://sub.bjmp-ro1.ph/
http://t3st.bjmp-ro1.ph/
http://fiberwerx.com.ph/
http://poracayresort.com.ph/
http://bongabong.gov.ph/
http://sanfernando.gov.ph/
http://pspg.pnp.gov.ph/
http://atcollege.edu.ph/
http://cspc.edu.ph/index.php
http://gsc.edu.ph/
http://system.deltavir.com.ph/id.php?id=19210
http://lgmo.uplb.edu.ph/images/dotmy.png
http://aco.com.ph/
http://careeravenue.com.ph/
http://firstglobal.com.ph/
http://gfis.edu.ph/
http://gruppoarmani.com.ph/
http://opinyon.com.ph/
http://ssct.edu.ph/
http://bjmp-ro1.ph/
http://sub.bjmp-ro1.ph/
http://t3st.bjmp-ro1.ph/
http://www.prologuecomputers.com.ph/images/
http://mgbr3.ph/
http://beta.mgbr3.ph/
http://www.westbaycollege.edu.ph/
http://www.7-eleven.com.ph/files/
http://www.jenerick.com.ph/
http://farland.ph/
http://unitedpolyresins.com.ph/admin/
http://www.ozem.com.ph/flash/
http://www.kma.ph/files/
http://bblmanpowerph.com/cak.html
http://adhdsociety.com/
http://stcamilluscalbayog.com/
http://www.ruemango.com/
http://www.1pesohosting.com/
http://chd1.doh.gov.ph/
http://www.phap.org.ph/
http://mgb7.cvis.net.ph/mgb/
http://www.resurrectionparish.com.ph/rolpv2/
http://www.rctv.com.ph/index.php
http://depedmandaue.cvis.net.ph/
http://www.musicmuseum.com.ph//images/
http://www.valuecare.com.ph/
http://mrmsscis.slu.edu.ph/
http://www.phikappaphi.up.edu.ph/
http://www.valuecare.com.ph/
http://aco.com.ph/
http://careeravenue.com.ph/
http://firstglobal.com.ph/
http://gfis.edu.ph/
http://gruppoarmani.com.ph/
http://opinyon.com.ph/
http://ssct.edu.ph/
http://bjmp-ro1.ph/
http://sub.bjmp-ro1.ph/
http://t3st.bjmp-ro1.ph/
http://www.prologuecomputers.com.ph/images/
http://mgbr3.ph/
http://beta.mgbr3.ph/
http://www.westbaycollege.edu.ph/
http://www.7-eleven.com.ph/files/
http://www.jenerick.com.ph/
http://farland.ph/
http://unitedpolyresins.com.ph/admin/
http://www.ozem.com.ph/flash/
http://www.kma.ph/files/
http://bblmanpowerph.com/cak.html
http://adhdsociety.com/
http://stcamilluscalbayog.com/
http://www.ruemango.com/
http://www.1pesohosting.com/
http://chd1.doh.gov.ph/
http://www.phap.org.ph/
http://mgb7.cvis.net.ph/mgb/
http://www.resurrectionparish.com.ph/rolpv2/
http://www.rctv.com.ph/index.php
http://depedmandaue.cvis.net.ph/
http://www.musicmuseum.com.ph//images/
http://www.valuecare.com.ph/
http://mrmsscis.slu.edu.ph/
http://www.phikappaphi.up.edu.ph/
http://www.valuecare.com.ph/


Read More >>

11/01/13

Tips Mendapatkan Trafik , Jualan Dari Youtube

tips mendapatkan trafik dari youtube
Hi Blogger ^_^
 Kali ni admin nak konsikan pengalam admin menggunakan Youtube Untuk mendapatkan trafik dari youtube.
Ok . kenapa pilih youtube ? Seperti yang Kita semua tahu, Youtube adalah laman perkongsian video nombor 1 .
 Baru2 ni admin telah mencuba menggunakan Youtube sebagai sumber trafik natural dan juga untuk mendapatkan julan dari affliate. Hasilnya ? ya! sangat menghairahkan . Trafik blog admin meningkat ! dan terhasil lead dan juga jualan di program affliate yang admin join. Admin juga guna link shortener adf.ly ( kata org sambil menyelam minum air :) ) . Sebab adf.ly akan bayar kita bila ada org klik link kita .
Ok . Sebelum tu admin nak ingatkan. nak rankin kan video kita dekat youtube bukannya mudah. Sebab saingan terlalu tinggi. tapi Jangan risau . Admin akan kongsikan rahsia tu
Korang ikut jek langkah2 kat bawah ni ye .

1. Buat akaun youtube .
2. Korang buat video yang sesuai dengan apa yang korang promote. Contoh , blog korang pasal masakan, buat la video tentang masakan . Tak kan nak buat video pasal alat solek pula kan ?
3. Upload video korang dekat youtube
4. Pada description Video tu , korang letak link blog atau link yang korang prmote.
5. Hmm. Yg ni teknik short cut admin . Admin beli views dari sini http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=405687 serendah $3 untuk 8000 views . Yang bestnya , admin beli 20k . Diorang bagi 49k views . Haha .
6. Tunggu dalam 1 minggu . tengok hasilnya ! :)

Tips :
>> Pada akhir video korang , korang letak la satu slide untuk suruh visitor pergi visit link korang ( Visit the link in description to get more )
>> beli views dari www.superwow.my . sebab ? diorang jual dah murah. High retention views 10k = $10 . kalau korang pergi site mat saleh . korang akan jumpa 10k views high retention = $80 - $110
owner superwow tu juga orang malaysia . sebab hijing domain tu .my .
>> Guna keyword yg hot . letak watermark dekat video korang . Untuk mengelakkan video kena copy,
>> malas nak buat video ? Korang cari mana2 video di youtube yang korang nak . Korang edit beginning dengan ending video tu . pastu tukar music background . kalau korang takde tools nak edit ni . Korang guna jek video editor di Yotube tu .

Sekian , Semoga bermaanfaat :)
Read More >>

29/11/12

Bayi Maut Ditimpa Durian

Bayi Comel MAut Ditimpa Durian

MUHD. YUSUF menemui ajal selepas kepalanya ditimpa durian kampung seberat dua kilogram di Nibong Tebal kelmarin.

NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin.

Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Sejam sebelum disahkan meninggal dunia, durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

Samimi merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin, 46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang Tinggi.

Kedua-dua pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 2010 dan menetap di rumah papan itu sejak berkahwin.


MUHD. YUSUF menemui ajal selepas kepalanya ditimpa durian kampung seberat dua kilogram di Nibong Tebal kelmarin.

Mengimbau semula kejadian itu, Samimi memberitahu, sebelum kejadian dia sedang mengangkat pakaian di ampaian dan mendengar tangisan Muhd. Yusuf yang ketika itu sedang tidur di buaian di dalam rumah.

“Saya kemudian masuk lalu mendukungnya sebelum meneruskan semula kerja mengangkat pakaian. Tanpa disangka, sebiji durian tiba-tiba luruh lalu terkena kepala dia dan tangan kiri saya,” ceritanya ketika ditemui di HSB di sini.

Tambahnya, dia kemudian cemas apabila mendapati Muhd. Yusuf terus terdiam dan tidak sedarkan diri sebelum menjerit dan memanggil jiran untuk membawa anaknya ke HSB. Ketika itu suaminya keluar bekerja.

Sementara itu, Zainal berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu namun enggan mengulas lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Read More >>

23/10/12

Lelaki Obses Dengan Kecantikkan membelanjakan USD$100K pada 90 pembedahan kosmetik!

Selalunya bab-bab menjaga kecantikkan ini tertumpu khas pada kaum Hawa, tetapi kini kaum Adam pun sudah turut sama mengikut jejak langkah ini.

Tidak salah menjaga kecantikkan tapi jangan pula sebab nak kelihatan sempurna, anda sanggup lakukan pelbagai cara sehingga ia boleh mengancam nyawa sendiri.

Namun begitu, lain pula pendapat seorang jejaka dari New York, Justin Jedlica yang berumur 32 tahun ini.

Dia setakat ini telah membelanjakan AS100 Ribu Dollar pada 90 pembedahan kosmetik yang dilaluinya!

Malah, katanya kegiatan itu tidak akan berkesudahan sehingga dia dapat capai impian yang diidamkannya selama ini.

Pelik sungguh lelaki ini. Tidak takutkah dia jika ada kesan sampingan berlaku?

Melihat kepada rupa bentuk dan ketegapan badannya itu, anda akan fikir bahawa dia ini mesti orang yang fanatik dengan gym.

Tetapi realitinya, ototnya hanya dipenuhi dengan plastik hasil daripada pembedahan silikon!

Dia mempunyai banyak implan di badan antaranya, implan di dada, di kawasan ‘six-pack’nya, tricep, bisep dan banyak lagi.

Malah termasuk di punggungnya!

Pernahkan anda lihat patung Barbie lelaki yang digelar ‘Ken Doll’? Iya Justin Jedlica ingin jadi seperti patung tidak bernyawa berkenaan.

Menerusi temubual dengan ABC’s 20/20, mereka ada bertanyakan kepadanya mengapa dia tidak melakukan kerja lebih sedikit dengan mengunjungi pusat latihan gym.

Namun dia memberitahu, “Dia tidak teruja dan perkara itu. Ia membosankan dan tidak glamor,” katanya.

Sementara itu, menurut pakar bedah palastik, Dr. Drew Ordin dari Beverly Hills, dia menyifatkan apa yang dilakukan Jedlica hanya meletakkan dirinya dalam bahaya.

“Perbuatannya itu hanya membawa padah, malah akan membunuh dirinya sendiri,” katanya Dr. Drew.

sumber : http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=375540
Read More >>

7/10/12

Bayi 12 hari selamat di pangkuan ibu


Kelisa yang remuk dilanggar lori kontena, di Cabang Empat Kampung Banggol Chicha, jam 8 pagi semalam. Gambar kecil: Bayi yang terselamat.


PASIR MAS – Seorang bayi berusia 12 hari, terselamat di dalam pangkuan ibunya, selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Cabang Empat Kampung Banggol Chicha, jam 8.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, bayi yang dipangku ibunya, Siti Aidah Mat Zain, 35, hanya cedera selepas kereta Kelisa yang dinaiki dilanggar lori kontena.

Menurutnya, lori yang dari arah Bayu Lalang ke Kampung Gaung, tidak sempat memberhentikan kenderaan di cabang empat, seterusnya melanggar Kelisa.

“Pemandu Kelisa, Nur Bahiyah Mohamad, 21, tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penumpang lain, Abdul Rauf Mohamad, 20; Abdul Ghafar Mohamad, 20; Mohd Amirullah Abbas, 9, dan Aimi Amira Mohd Ali, 9, cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Pasir Mas.

“Bayi berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala ibu, Siti Aidah cedera di badan, mendapatkan rawatan di hospital yang sama,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah, untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Rule 3 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Nur Bahiyah berkata, mereka dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pasir Mas, untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, selepas bayi mengalami masalah kesihatan.

“Saya tidak sempat mengelak, selepas menyedari lori itu tidak memberhentikan kenderaan di Cabang Empat.

“Disebabkan lori memandu dengan laju, kereta kami diseret hampir 10 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 8.37 pagi, dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan tujuh anggota.

“Tiba di tempat kejadian, kita dapati terdapat seorang penumpang tersepit, manakala yang lain berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa di bahagian tempat duduk penumpang, kurang lima minit kemudian,” katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...an-ibu-1.92112

Read More >>

20/09/12

Apa itu NuffnangX ? - Aplikasi terbaik untuk blogger

nuffnangx

Apa itu NuffnangX ? Ini adalah aplikasi baru untuk pembaca blog. NuffnangX, aplikasi mudah alih yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman membaca blog anda! Dengan NuffnangX, anda boleh membaca update blog terbaru pada suapan anda, menjalankan perbualan dengan blogger kegemaran anda di mana sahaja, dan menemui blog baru setiap hari, dikategorikan mengikut minat anda. Maklumat lanjut tengok kat laman Nuffnangx di sini

Read More >>

13/09/12

Pemain Gitar Bersemadi Dalam Keranda Gitar


LONDON: Seorang bekas pemain gitar kumpulan rock era 1960-an disemadikan dalam keranda berbentuk alat muzik itu, semalam.

Pernah menganggotai kumpulan The Ramrods, John Graham dikebumikan dalam keranda berbentuk gitar Fender Stratocaster sepanjang kira-kira tiga meter. Kakitangan yang mengendalikan urusan mayat Graham menghasilkan masa berbulan-bulan untuk menyiapkan keranda berkenaan yang dicipta sempena gitar kegemaran pemuzik terbabit.


Dia menerima gitar model itu sebagai hadiah ketika berusia 15 tahun. Beratus-ratus peminat menghadiri majlis pengebumian Graham di sebuah gereja di Cheltenham, Gloucestershire.

Balu Graham, June, 63, berkata keranda itu adalah penghormatan paling sesuai diberi untuk suaminya.


“Seluruh hidupnya dihabiskan untuk bermain gitar.


“Dia adalah lelaki terhebat yang dapat anda impikan,” katanya. Menurut June, dia bersama Graham selama 20 tahun dan tidak pernah mendengar suaminya berkata sesuatu yang tidak menyenangkan.


“Sepanjang hidup bersama, kami sangat bahagia,” katanya. Majlis pengebumian Graham dihadiri ramai rakan, ahli keluarga, bekas anggota The Ramrods serta peminat mereka yang berpakaian hitam dan putih.


Ia dijalankan dengan iringan muzik serta lagu yang pernah dimainkan datuk kepada lima cucu dan lebih mesra dikenali dengan panggilan Johnny itu.

Kumpulan The Shadow of Cliff dipimpin Jimmy Jemain memainkan beberapa lagu pernah menjadi kegemaran Graham, termasuk Travelling Light, Born to Rock and Roll, Only Angel dan Johnny Be Good. - DM

sumber -> 

Read More >>

29/08/12

Bayi Dibuang Di Depan Kedai Surat Khabar

bayi dibuang


KUALA TERENGGANU - Seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat ditemui di hadapan sebuah kedai menjual surat khabar di Jalan Sultan Omar di sini hari ini.
Bayi yang dibalut dengan tuala berwarna biru dan hanya memakai lampin itu diletakkan dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di hadapan pintu kedai berkenaan.
Rozlan Shahril Hamzani, 31, yang menemui bayi itu ketika ingin memulakan perniagaan pada pukul 6 pagi berkata, beliau mendengar suara bayi menangis tetapi tidak menghiraukannya apabila bunyi tangisan itu hilang tidak lama kemudian.
"Masa nak buka kedai, saya nampak ada beg depan pintu dan tidak menyangka di dalamnya ada bayi. Saya terus alih (beg) letak atas bangku sebab ia diletak betul-betul di depan pintu kedai," katanya di sini hari ini.
Rozlan Shahril berkata, beliau kemudian memulakan kerja memasukkan sisipan surat khabar di perhentian bas sebelah kedai itu sebelum sekali lagi mendengar bunyi tangisan bayi.
"Masa itulah baru saya cuba periksa beg itu dan mendapati beg itu tidak ditutup...saya terkejut apabila nampak ada bayi dalam beg itu," katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.
"Doktor mengesahkan bayi itu sihat dan dipercayai dilahirkan beberapa hari yang lalu berdasarkan keadaan bayi itu," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA
Read More >>

follow me

later