Pages

29/08/12

Apa Itu VPS ? Kebaikan dan Keburukan VPS


virtual private server

Apa itu VPS? 


Pada dasarnya Virtual Private Server (VPS juga dikenali sebagai Virtual Dedicated Server atau VDS) ialah satu cara untuk pemetakan satu server fizikal ke server-server berganda supaya setiap pemetakan itu mempunyai rupa serta ciri-ciri sebuah dedicated machine yang sempurna.

Setiap virtual server mempunyai operating system yang lengkap dan boleh direboot secara independently.

Pempraktisan pemetakan atau partitioning satu single server yang berfungsi sebagai multiple servers merupakan satu langkah yang biasa digunakan dalam situasi komputer-komputer mainframe tetapi kebangkitan pembangunan peranti maya dan teknologi untuk struktur lain hanya baru dikenali ramai.

Mungkin penerangan ini susah untuk difahami untuk mereka yang kurang tech-savvy, mari kita lihat kebaikan-kebaikan yang diofferkan VPS.

6 Kebaikan Menggunakan Servis VPS :

Secara amnya bagi pengguna yang baru berkecimpung dalam bidang web hosting, pelan shared hosting merupakan asas yang terbaik untuk anda bermula. Lama-kelamaan anda mula merasa ketagihan dan inginkan penguasaan penuh untuk laman web anda. VPS merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda!

Katakanlah anda memang baru dalam dunia VPS ni, klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

1. Akses ‘Full root’ – Anda merupakan boss anda. Anda boleh menginstall apa-apa software dan kuasa pengendalian penuh terhadap software tersebut. Apa jua customization dibenarkan dalam VPS asalkan bersesuaian dengan spesifikasi server.

2. Kurang downtime – Dari pengalaman pelanggan kami sendiri yang bertukar dari shared hosting ke VPS, mereka boleh mengetahui dan memantau status terkini server, restart atau menghentikan aplikasi dan banyak lagi. Keseluruhannya pelanggan kami berpuas hati setelah bertukar ke VPS. Sebab mengapa anda kurang downtime apabila berada di VPS kerana anda mempunyai pengedalian penuh di VPS dalam persekitaran pengasingan. Ini akan menghalang sebab-sebab downtime yang berlaku akibat penggunaan aplikasi lain atau pelanggan yang tidak ada kaitan dengan anda.

3. Boleh host laman web yang tiada had – Ini amat baik bukan? Anda diberikan peluang untuk menjadi reseller dan memulakan bisnes baru anda. Dengan lesen pengdalian control panel (Plesk/Cpanel Unlimited), anda dibenarkan menghos laman-laman web yang tiada hadnya. Tambahan pula, anda diberikan akses admin yang bermaksud anda boleh menentukan berapa banyak ruang, bandwidth, tambahan domain/sub-domain, akaun emel dan lain-lain untuk disetkan ke setiap client anda.

4. Dedicated Resouce – Menggunakan sepenuhnya RAM resource! Dengan VPS anda mempunyai resource RAM sendiri, tiada lagi berkongsi dengan user lain seperti persekitaran shared hosting!

5. Tahap keselamatan tinggi – Tidak seperti shared hosting, VPS hanya membenarkan anda seorang sahaja untuk mengakses VPS dan menukar login details jika perlu. Jesteru, ia akan meningkatkan tahap keselamatan data anda.


Sumber : http://www.wangcyber.com/forum/pembangunan-web/28430-apa-maksud-vps.html#.UCVA1aDX4Ys

0 ulasan:

Catat Ulasan

Don't Spam your comments . Make a Quality Comments . Google will love it

follow me

later